Tuesday, January 3, 2012

Alahai Muadzam Shah...




Muadzam Shah. Bandar terdekat bagi masyarakat felda Keratong.. Bandarnye xdelah sebesar mane pn..Xlayak pn nak dipanggil bandaraye ke, perbandaran ke.. Muadzam Shah ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Bandar Muadzam Shah terletak 75km daripada Bandar Segamat (Johor Darul Takzim) dan 100km daripada Bandar Kuantan.

Sungguhpun Muazam Shah ni xdelah besar sangat, tp kemudahan disini lengkap.. Macam-macam sekolah ade disini, ade MRSM, ade Sekolah Menengah Agama, ade politeknik, ade Uniten dan ade sekolah-sekolah harian biase..Balai polis ade, balai bomba ade, jabatan renjer hutan pun ade.. Jadi cukup syarat lah Bandar Muadzam Shah ni..

Baru-baru ni, aku tengok Muadzam dah berubah wajah..Wujudnya Bandar Baru Muadzam Shah, lengkap dengan pelbagai blok-blok bangunan baru, banyak nya kedai-kedai baru, dan wujudnye pasaraya yang pertama di bandar ini.. Ditambah dengan pembinaan hotel dan bangunan-bangunan bank yang baru, boleh dilihat yang bandar ini sedang membangun..Syabas Muadzam Shah!!

Walaupun begitu, masih ade yang belum berubah.. Pejabat Pos nye...Alahai Pejabat Pos.. Masih dengan bangunan lama nye, terletak diatas bukit, di tengah-tengah kewujudan Uniten dan JBA. Memandangkan bandar ini semakin maju, aku rase patut lah diubahsuai atau dibesarkan sikit pejabat pos ni..Tambahkan lg kakitangan dan kemudahan disitu.. Jangan jadi seperti yang berlaku tadi.. Aku nk g mendaftar sebagai pengundi td (baru ade kesedaran, hahaha). Tapi malangnye, agak ramai orang di situ.. Ade yang datang membayar bil, ade yang anta surat, xkurang jugak ade yang renew lesen.. Tapi malang nye, banyak xdapat nk disettlekan gara-gara komputer rosak..

Alahai Muadzam.....tau la pejabat pos kecik, buruk, lame..xkan la ade 1 je komputer..Susah orang kt sini...Patut benda-benda gini di utamakan jugak dalam pembinaan bandar baru.. Sesuai dengan jolokan baru untuk Muazam sebagai Bandar Satelit, sepatutnye benda-benda macam ni dapat la disetelkan.. Jangan buat malu company bang..Hahaha ape-ape pn, selamat maju jaya Muadzam Shah!!! :-)


No comments:

Post a Comment