Di televisyen mahupun di dada-dada akhbar sekarang hangat pasal lelaki bername Mat Sabu.. Sape Mat Sabu? Orang besar dalam Malaysia ke? Artis ke?
Mat Sabu adalah seorang lelaki biase yg memegang jawatan Timbalan Pengerusi Pas.. Tapi kenape dengan dia? Ramai betul orang xpuas ati dengan dia..Diseluruh pelusuk Malaysia, begitu ramai orang, termasuk menteri-menteri dan badan-badan kerajaan mahupun NGO nk menyaman dia..ape dia buat?
Semuanya gara-gara ucapan beliau dalam satu ceramah di Kedah baru-baru ni.. Dalam ucapan 2, Mat Sabu ada menyatakan mengenai Bukit Kepong, satu tempat terjadinye sejarah hitam dalam negara Malaysia.. Ramai askar-askar dan polis terkorban pada mase 2.. Mereka-mereka inilah yang dianggap wira dalam negara kita.. Sanggup berjuang mempertahankan negara hingga ke titisan darah terakhir..Keberanian mereka menentang komunis xmungkin dapat kite lupekan dalam sejarah..Mahupun dalam diri waris-waris mereka yang terkorban dalam petempuran itu..
Sungguhpun begitu, dalam ucapan Mat Sabu beliau manyatakan bahawa Mat Indera, yakni ketua komunis pada masa itu sebagai wira yang sebenar, bukan anggota polis yang mempertahankan Bukit kepong itu.. Kite belajar dari sekolah lg, dalam subjek sejarah mengenai keganasan komunis ini..Kite dah di sumbat dengan fakta-fakta bahawa komunis itu jahat, dan Mat Indera 2 jahat..Lantas, xhairanlah mengapa orang ramai mahu menyaman Mat Sabu dengan kata-katanye itu..
Dalam mase yang same jugak, kite terbace yang waris Tok Janggut menderita sakit..Ramai orang dan badan-ramai yang ingin menghulurkan bantuan, kerana ramai tahu jasa-jasa pahlawan bergelar Tok Janggut ini yang suatu masa dahulu sangat menentang penjajahan British..betapa xsenangnye dan betapa bencinya rakyat tempatan ketika itu kepada British..
Ok, sekarang kite relate kan balik dengan kes Mat Sabu menganggap komunis Mat Indera sebagai hero sebenar.. Tahukah anda bahawa polis-polis di Bukit Kepong pd masa 2 adalah di bawah penguasaan British? Anda bace balik sejarah...peristiwa hitam Bukit Kepong berlaku pada 23 Febuari 1950.. Malaysia masih belum merdeka lagi mase ni.. Malaysia merdeka tahun berape adik-adik? Ye 1957..pandai....Ingatkah kite kepade Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Dol Said dan Rentap? Siape yang mereka tentang? B.R.I.T.I.S.H
So sekarang, sape yang benar, sape yang salah? Saye bukan mahu menyokong pd mana-mane pihak..bukan kerajaan, bukan juge pembangkang..cume pendapat seorang rakyat biase yang berhaluan bebas, yang mahukan Malaysia aman dari segala penipuan.. Anda bagaimana? fikirkan di mana anda..
Untuk rujukan peristiwa Bukit Kepong, sile rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong
No comments:
Post a Comment