Sunday, January 8, 2012
Relevankah Kemasukan Awang Import?
Musim bola sepak Malaysia kini kembali!!!! Acara yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan dari serata pelusuk negara..Xkire dari utara, selatan, timur dan barat.. Yang pantai timur nye, yang di seberang laut nye, semua nye xsabar menunggu sepak mula untuk liga ini..
Musim lalu menyaksikan Kelantan muncul juare Liga Super dan Negeri Sembilan pula muncul juare piala Malaysia.Unik nye musim ni, hadirnya pemain-pemain import dan satu pasukan daripada Singapura iaitu Lion XII sebagai pertukaran untuk Harimau Muda bermain di Liga Singapura.. Persoalan nye, relevan kah semua ini? Kewujudan pendatan-pendatang dan awang import dalam kancah sukan bola sepak tempatan?
Pada pandangan aku, relevan semua ni.. Memang xdapat dinafikan, bile tak ade pemain import, kemajuan dan taraf permainan pemain-pemain tempatan boleh diukur, sampai kan ramai pemain-pemain muda sekarang yang dipanggil untuk mewakili negara..Ketajaman penyerang-penyerang dan permainan yang bagus, yang original Malaysia dapat kite ukur dan nilai sendiri.. Jatuh bangun dunia bola sepak Malaysia bergantung kepada pemain-pemain ini..
Tapi melihatkan perlawanan pembukaan malam td, perebutan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan kelantan, aku dapat tengok satu kelainan pada corak permainan pemain-pemain..Terase menarik permainan yang ditunjuk kan oleh pemain-pemain.. Tak tahu lah samada kerana kemasukan pemain import ini mengubah rentak permainan mereka atau sengaja mereka bermain keran xmau kalah dengan awang import, tp kelainan corak permainan 2 membuatkan aku jadi teruja..Permainan yang sempurna, kawalan menarik.. Aku kalo tengok bola, xkisah la pasukan 2 kalah atau menag, asalkan dapat tengok corak permainan yg menarik..Omputeh cakap, total football.. Xde la nampak kekampungan sangat macam sebelum-sebelum ni..
Lagi satu, bile ade nye kemasukan awang-awang import pada musim ni, siaran langsung akan ade dalam dwibahasa.. Bahase Melayu oleh Hasbullah Awang, n english ntah dari sape ntah.. Ujar menteri yang bertanggungjawab, disebabkan Liga Malaysia ade pemain import, jadi siaran langsung nye akan juge disiarkan di negara-negara asal pemain-pemain import ni..Kan bagus 2? Ni lah peluang pemain-pemian Malaysia untuk tunjuk kehebatn dan skill diorang kt penonton-penonton dari negara lain.. Mane la tau de coach-coach yang terpikat, boleh la diorang main kt lua Malaysia kan? Naik la skit martabat bola sepak Malaysia kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment